Aktiviti wajib untuk pengunjung villa adalah berbeku. Pihak terrapong villa ada menyediakan satu set dapur bbq yang mudah tanpa perlu menggunakan arang. Dapur ini mempunyai satu penutup kejap yang boleh mempercepatkan proses anda membakar bahan seperti ayam, ikan dan daging.
Jika anda ingin tidak mempunyai masa untuk memasak. Anda boleh meminta kepada pihak Terrapong Villa untuk menyediakan seorang *tukang bakar. Anda perlu membawa bahan mentah sendiri.
*Harus membuat tempahan awal 7 hari.
Mini trek sepanjang hampir 1 kilometer disediakan di kawasan Terrapong Villa. Anda boleh berjalan sambil bergambar kenang-kenangan bersama keluarga.
Buat penggemar hiking, terdapat satu laluan bertar yang selamat untuk anda membuat mini hiking. Anda boleh menikmati matahari tenggelam atau terbit dari atas bukit yang tiada orang. Anda dapat mendengar bunyi burung, cengkerik dan serangga lain yang amat lunak untuk didengari.
Hulu Langat Batu 18 terkenal dengan aktiviti berbasikal. Seawal pukul 6 pagi pada hujung minggu ramai yang masuk ke Hulu Langat untuk berbasikal. Anda boleh pilih untuk berbasikal ke arah Gunung Nuang atau ke arah Sungai Lui.
Terrapong Villa
679A, Pekan Batu 18,
43100 Hulu Langat, Selangor
Tel.: 010-5255010
Sales@terrapongvilla.com