Di Hulu Langat anda mempunyai pilihan untuk mandi di sungai-sungai yang berdekatan seperti Sungai Gabai, Sungai Congkak dan lain-lain. Tetapi di Terrapong Villa, kami menggunakan air bukit yang ditapis sebelum dimasukkan didalam kolam. Kesegaran air adalah sama dan selamat untuk kanak-kanak.
Kolam ini mempunyai dua bahagian yang bersambung. Satu pada kedalaman 3.5 kaki, dan satu bahagian adalah 2 kaki. Orang dewasa dan kanak-kanak boleh mandi bersama didalam kolam ini. Nikmati keseronokan bersama keluarga di Terrapong Villa.
Apa yang menarik di bahagian luar di Terrapong Villa, kami mempunyai bahagian luar yang luas untuk digunakan. Berdekatan dengan kolam kami mempunyai satu dapur yang boleh digunakan untuk tujuan memasak dan juga BBQ. Anda bebas untuk melakukan aktiviti keluarga disini. Kami ada menyediakan kelengkapan memasak untuk anda memasak. Anda cuma perlu membawa bahan mentah, kami ada menyediakan satu peti sejuk untuk anda simpan barang.
Terrapong Villa
679A, Pekan Batu 18,
43100 Hulu Langat, Selangor
Tel.: 010-5255010
Sales@terrapongvilla.com