Terrapong Villa mempunyai 6 + 1 bilik. Setiap bilik mempunyai perbezaan dari segi saiz katil. 2 bilik mempunyai 2 katil Single. 2 bilik mempunyai 2 katil saiz Queen. 2 bilik mempunyai katil saiz King. Pada ruangan atas, kami ada tambah 2 katil single tambahan. Keseluruhan bilangan katil dapat memuatkan sehingga 16 dewasa. Pihak villa juga ada menambah 4 tilam tambahan single.
4 bilik berada diruangan tingkat bawah. 2 bilik berada di tingkat atas. Bilik dibawah berdekatan dengan kolam mandi. Ruangan bawah ini amat disukai oleh kanak-kanak. Ibubapa juga dapat melihat anak-anak mereka dengan lebih dekat walau hanya mereka berada didalam bilik*
*Bergantung pada lokasi bilik
Berikut adalah contoh bilik yang ada di Terrapong Villa. .
Didalam kawasan villa, terdapat 2 kawasan yang selesa untuk melakukan aktiviti keluarga. Kanak-kanak bebas untuk bermain bola,kereta kawalan jauh dan lain-lain. Anda dibenarkan untuk membawa peralatan sukan sendiri mengikut kesusaian anda. Kebanyakan pengunjung gemar untuk melakukan aktiviti berjalan atau berjoging mengelilingi kawasan villa.Â
Buat anda yang gemar untuk mendaki, satu mini trek juga disediakan di belakang villa, anda dapat menikmati waktu pagi yang segar tanpa asap dan bunyi ekzos kereta. Inilah nikmat buat anda sang pencinta alam.
Pihak Terrapong Villa ada menyediakan tuala untuk 16 orang, anda dibenarkan untuk membawa tuala sendiri jika tidak cukup, untuk toiletries tidak disediakan. Anda disarankan untuk membawa sendiri.
Terrapong Villa
679A, Pekan Batu 18,
43100 Hulu Langat, Selangor
Tel.: 010-5255010
Sales@terrapongvilla.com